Wednesday, October 24, 2012

memaknakan iman


Tiga manusia itu sedang melintas di sebuah lembah. Kosong, gersang, terik, liar, tak berpenghuni. Tak tampak haiwan, tak melihat tanaman.
Mereka adalah seorang lelaki yang mulai menua, dan seorang wanita yang menggendong bayi merah. Rasa lelah membuat mereka berhenti. Dan sang bayi yang kehausan mulai menetek pada ibunya.

Tetapi laki-laki itu, suaminya yang soleh, tiba-tiba saja berjalan ke arah utara. Sekilas sang isteri melihat ada kaca-kaca di pelupuk matanya. Dan ia terus berjalan. Hingga kemudian sang isteri sedar, bahwa dia dan bayinya ditinggalkan.
Maka ia pun mengejar mencoba menyusul. Ia berlari kecil dengan bayi merahnya terguncang-guncang dalam gendongan.

"Mengapa kau tinggalkan kami hai Ibrahim?", serunya penuh tanya.
Lelaki itu, Ibrahim tidak menjawab. Ia hanya berhenti sejenak, menghela nafas dalam-dalam dan menahan isak.
"Mengapa kau tinggalkan kami hai Ibrahim?"
Yang ditanya tetap diam. Ia tak mampu menjawab. Lalu ia melangkah lagi, sedikit menyerong, mengindar dari isterinya yang menghadang.
"Mengapa kau tinggalkan kami hai Ibrahim?"
Ibrahim masih diam. Dalam hatinya berkecamuk sejuta senyawa rasa.

Dia yang menanti-nati buah hati berpuluh tahun lamanya. Dia yang melalui malam-malamnya dengan doa-doa, memohon ada tangis kecil yang memecah kesunyian rumah nya. Kini Allah telah memberikan anugerah itu, Isma'il. Dan kini, Allah tiba-tiba memintanya meninggalkan Ismail dan ibunya di tanah tak berpenghidupan ini.
Ia akan merasa sepi lagi. ia akan dilanda khawatir tak bertepi. tetapi apa daya seorang hamba? Dan mengapa harus bersangka pada Allah dengan yang tak semestinya?
Ya, ia redha dengan perintahNya. Hanya saja ia tak sanggup menjawab Hajar. Lapis bening di matanya telah berubah menjadi genangan. Hatinya gerimis.

"Apakah ini perintah Allah?", tiba-tiba Hajar mengubah pertanyaan.
Ibrahim terhenyak. Ia berhenti sesaat, lalu berbalik. Tatapannya ditumbukkan ke bola mata Hajar yang bening dan polos. Keduanya tangannya mencekau lengan hajar.
"Ya", katanya. Helaan nafasnya panjang & berat.
"Ini perintah Allah."

Sesaat hening. Mereka berpelukan.
"Kalau ini perintah Allah", kata Hajar berbisik di telinga suaminya,
"Dia sekali-kali takkan pernah menyia-nyiakan kami"

______________________________________________________________________

"Ya Rabb kami, sungguh telah kutempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tak bertanaman di dekat rumahMu yang dihormati.
Ya Rabb kami, agar mereka mendirikan solat.
Maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka, dan karuniakan pada mereka rezeqi dari buah-buahan.
Mudah-mudahan mereka bersyukur
"
{Ibrahim : 37}

Maka begitulah. Jalan cinta pejuang selalu meminta kita memahkotai cinta dengan iman bercahaya. Ibrahim, kekasih Allah itu membuktikan cintanya.
Demikian pula Hajar isterinya. Kalimatnya menjadi proklamasi iman sepanjang masa.
"Kalau ini perintah Allah, sekali-kali Dia takkan pernah menyia-nyiakan kami"
Inilah perasaan bergejolak menjadi keteguhan. Perasaan yang menggantungkan diri pada Zat Maha Tinggi, hingga meleset molancati emosi2.

Inilah iman.



m/s 248-250 Jalan Cinta Para Pejuang - Salim A Fillah ______________________________________________________________________

:')

Terlalu amat mengagumi keyakinan mereka dengan Allah,
tanpa secalit ragu pun.
Iman yang bergerak menjangkaui segala emosi hati,
mengatasi segala perit sukarnya diuji.

Selalu mengingatkan diri sendiri tentang kisah Hajar.
Mengingatkan diri sendiri bahawa betapa wajib bersangka baik dengan Allah.
Mengingatkan diri sendiri cinta itu mestilah buah dari iman dan hanya kerana Allah.

diperlukan suatu hentakan yakin
yang akan melahirkan
keberanian, keteguhan & kesabaran
bertolak dari jaminan yang tak pernah lapuk
-Rahmat Abdullah

"Dan barangsiapa mengerjakan amal2 soleh & dia dalam keadaan beriman,
maka dia tidak khuatir akan perlakuan yang tidak adil kepadanya,
dan tidak pula khuatir akan pengurangan haknya"
{Taha : 111-112}

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang
melainkan dengan izin Allah,
dan sesiapa yang beriman kepada Allah,
Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang berlaku itu dengan tenang & sabar),
dan ingatlah, Allah maha mengetahui akan tiap sesuatu"
{At-Taghabun : 11}

"Sesungguhnya orang2 yg menegaskan keyakinannya, dengan berkata 'Tuhan kami ialah Allah',
kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yg betul,
akan turunlah malaikat kpd mereka dari masa ke semasa,
(dengan memberi ilham): 'Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yg tidak baik terhadap kamu) & janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kpd kamu"
{Al-Fussilat : 30}

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan melainkan Dia.
Hanya kepada-Nya aku bertawakkal ,
dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yg agung"
{At-Taubah : 129}
__________________________________________________________________

Sekian,
salam EidulAdha 1433H.

p/s:
posting O&G.
1st time betul2 enjoy oncall.

hmm.. tahun akhir cuma berbaki separuh perjalanan >_<
Rabbina yusahhil.

p/s:
bidding goodbye to le zauj.
jaga diri, jaga iman <3.
mumtaz, InsyaAllah!
:) << senyuman tabah

jumpa lagi 4 bulan!

Monday, October 15, 2012

chapter 2

sudah lama masa berlalu sejak post yang terakhir.

masih sedang dalam proses mencari titik imbang antara menjadi pelajar tahun akhir, isteri (hujung minggu >_<), berprogram dll.
maka terimalah post yang sudah lamaaa terperap dalam draft.
mohon diceduk mana-mana yang baik, ditegur mana yang silap, dan diambil pengajaran mana yang buruk.


Bismillah.

Pertunangan

Pada tarikh 4 Syawal 1432H, dalam sebuah majlis sangat ringkas di rumah sendiri,
dengan lafaz ta'awwuz dan bismillah, uminya menyarungkan cincin emas putih ke jari manis kiri. Alhamdulillah.
Terasa tenang mengalir di setiap vein dan artery.
Maka bermulalah chapter baru hidup saya.
Tempoh yang singkat saya kira, tapi sangat manis dan penuh makna.
Saya bertunang dalam keadaan tidak pernah berjumpa bakal tunang saya pun, kerana dia tidak pulang ke Malaysia. Cuma satu sesi skype ringkas sebelum itu, yang dimoderatorkan oleh orang tengah kami.

Persiapan

Saya dan dia, walaupun hakikatnya bertunang, tidaklah mengambil masa bertunang ini untuk berkenalan antara satu sama lain.
Kerana kami, atau sekurang-kurangnya saya, sudah pun tahu latar belakang dia (sekolah sama) serta telah kenal keluarga dia sejak sekian lama.
Lamaran dan cara dia menjaga perhubungan sepanjang tempoh pertunangan sendiri telah banyak memberi gambaran tentang akhlak dia.

Yang masih misteri, adalah personaliti dan tabiat2 dia.
Namun, kami tangguhkan semua perkenalan peribadi itu setelah akad nikah.
InsyaAllah, punya masa seumur hidup untuk berkenalah.
Saya percaya, ta'aruf / perkenalan selepas pernikahan adalah lebih jujur dan telus.
Ketika sudah tinggal bersama, pastinya tiada apa lagi personliti & sikap yang dapat dilakonkan.

Setelah mempunyai keyakinan itu, maka agenda seterusnya yang jauh lebih penting, adalah siapa saya.
Sudahkah benar2 solehah untuk menjadi seorang isteri penyejuk mata, dan ibu pendidik jundi-jundi Allah nanti?
Cukupkah ilmu dan matangkah pemikiran dan tingkah laku untuk menghadapi cabaran2 sepanjang perjalanan yang diimpikan berakhir di syurga nanti?

Maka saya percaya agenda paling utama sepanjang pertunangan, adalah kearah meningkatkan diri sendiri.
Perlu fokus mempertingkatkan ilmu,
melatih, membiasakan personaliti yang baik- good habit,
menjaga & mengoptimumkan kesihatan mental & fizikal,
dan paaaling penting, membaiki relationship dengan Allah.

Saya yakin, bila meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah, bila sentiasa dan sentiasa dapat bersangka baik dengan Allah, bila hati lunak dan karib dengan Allah & berusaha agar amal ibadah istiqamah ikhlas lillah, InsyaAllah, sebenarnya banyak perkara lain dapat settle.

Pernah saya baca satu artikel, naqibnya mengenakan syarat, untuk layak bernikah, mestilah sudah membawa usrah sendiri. Usrah adalah medan yang baik, mengasah bakat kepimpinan, berkomunikasi, berkompromi, berkasih-sayang dan menjadi matang.

Antara ujian di ambang pernikahan adalah ujian 'menjaga/mengambil hati' orang yang lebih tua. Saya belajar bahawasanya komunikasi yang baik dan berkesan adalah sangat sangat sangat penting untuk menjaga siilaturrahim dan hubungan. Bagi saya yang berpersonaliti agak pendiam dan kurang assertif ni, komunikasi adalah suatu cabaran & titik lemah yang perlukan banyak usaha penambah baikian.

Antara buku berkaitan yang sempat saya habiskan sepanjang pertunangan; Jalan Cinta Para Pejuang - Salim A Fillah, Nikmatnya Berpacaran setelah Pernikahan - Salim A Fillah, Bahagianya Merayakan Cinta - Salim A Fillah (nampak sngt suka tulisan dia). Yang lain2, boleh baca, Kisah Cinta di Rumah Hassan Al Banna - Lili Nuraulia, Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasulnya - Fatimah Syarha. Kalau minta saya pilih satu buku sahaja, saya sangat mengesyorkan baca "Di Jalan Da'wah Aku Menikah - Cahyadi Takariawan". Informatif, padat dan simply the best.

Untuk bahan bacaan online, saya suka catatan Hilal Asyraf; Sebelum Aku Bernikah. Tulisan2 Ustaz Hasrizal di blognya mengenai pernikahan juga sangat realistik dan memandu matlamat sebuah perkahwinan.

Selain itu, bagi yang akan@sedang dalam proses membina Baitul Muslim, saya sangat recommendkan untuk mengikuti kuliah BM online setiap malam Selasa dan Rabu yang dikendalikan oleh ummuatifah. Banyak manfaat & ilmu2 yang diperolehi selain dapat menggantikan usrah mingguan, sekiranya usrah tidak dapat dijalankan minggu itu.
Ada juga sesi kuliah khas seminggu sebelum bernikah untuk pengisian khusus adab2 setelah pernikahan.
Terima kasih ummi kerana telah banyak membimbing & memberi tunjuk ajar kepada kami.

Hakikatnya banyak persiapan yang perlu dilakukan selain dari persiapan2 material (persalinan nikah, dais, door-gift, kad dsb). 

Alhamdulillah, untuk persiapan majlis, ibu bapa kamilah yang telah membantu merancang dan menyelesaikan segalanya. Dalam ayat mudah, saya tidak perlu ulang alik memburu barang-barang, merancang itu ini, menempah katerer, dais dan sebagainya. Saya cuma mencari material untuk persalinan nikah (baju, veil, tudung), hantar tempah dan selebihnya, semasa saya pulang ke Kelantan, semuanya sudah siap sedia :)
Memang berniat semuanya simple sahaja, yang penting syar'ie.
Lagi pula dalam situasi nikah semasa belajar, apatah lagi rumah jauh dari tempat belajar, saya bersetuju sahaja dengan pilihan ibubapa untuk majlis.
Apabila sudah punya anak yang bakal bernikah di masa hadapan nanti, InsyaAllah, saya akan melakukan perkara yang sama juga, memudahkan pernikahan mereka.

Komunikasi

Alhamdulillah, tunang saya sangat menjaga.
Orang tengah kami telah menjadi mediator terbaik, menghubungkan kami, membantu menyampai mesej2 tanpa perlu saya contact dengan dia direct, cuba menyelesaikan persoalan-persoalan dan meleraikan masalah saya terutamanya. Orang tengah kami juga begitu teliti memelihara, selalu dia pesan, jaga barakah sepanjang tempoh pertunangan ini.
Mungkin faktor segan dan jarak yang jauh (Malaysia-Cairo), memudahkan lagi untuk kami tidak terlalu berhubungan.
Saya lebih amat selesa begitu. Dan saya juga berterima kasih kepada tunang, kerana memilih untuk mengekalkannya sebegitu. Hati terjaga dari gangguan perasaan rindu-rinduan. Tempoh pertunangan merupakan fasa yang amat mendamaikan.

Allah hadiahkan perasaan tenang yang sangat besar ni’matnya. Saya yakin dengan akhlaknya, dan dalam masa yang sama, saya juga terdorong seboleh mungkin berusaha menjaga ikhtilat dan akhlak saya, bukan sahaja dengan dia, tapi orang disekeliling saya terutama yang berlainan jantina.

Saya ibaratkan tempoh pertunangan itu seperti puasa. Ada satu hadith menceritakan dua kenikmatan orang berpuasa, iaitu ketika dia berbuka dan ketika dia mendapat ganjaran dari Allah di syurga.
Jika sepanjang pertunangan, kita betul2 berusaha, bermujahadah untuk tidak berhubungan tanpa keperluan, maka InsyaAllah, ganjaran ketika 'berbuka' itu amatlah manis, apatah lagi ganjaran tersedia dari Allah di syurga.

______________________________________________________________________

Ada satu ayat ummuatifah yang sentiasa tersemat kemas dalam fikiran,
“Anak ummi Nadiah perlu bersyukur dengan takdir yang ditulis Allah, di antara raamai perempuan2 solehah di luar sana, Allah telah menggerakkan hati Abdul Rahman untuk memilih Nadiah”
T-T
Maktub; tertulis.
Ya, dialah cerita indah saya.
Takdir luar biasa, yang tak pernah saya sangka.

“Suami adalah anugerah Allah yang sangat besar”
Dan saya akan sentiasa ingat itu.
“Anak ummi, fokus dengan Allah”

Dan ayat ayah saya di hari pertunangan,
“Sekiranya kita tidak dapat membimbing satu sama lain ke syurga, bererti kita sudah gagal sebenarnya.”
keika mengulas surah Al-Mulk ayat 2.

Tetap, saya dan dia merupakan dua manusia yang tidak sempurna.
Namun saya percaya, kami berdua punya matlamat yg sama,
dan sedang sedaya upaya berusaha ke arah itu.

Baitul muslim.
Cinta, yang buminya taqwa dan langitnya redha Allah.
Matlamatnya, menjejak syurga, membawa bersama anak dan cucu.
Dengan izin Allah.



To be continued..
Chapter 3: Nikah
________________________________________________________________________