Thursday, June 28, 2012

tweet

Mama dah pandai tweet sekarang ni, using my lil sis twitter account.
Ahax.
Comel ^-^

Sarah dan Hannah tu adik saya.
Mama pula sedang meneman papa pegi conference sambil singgah negara-negara berdekatan, berdua sahaja~

Hari tu ada berbual-bual,
N : Mama rasa Nadia patut jadi specialist apa?
Mama : Hari tu kata nak jadi paediatrician.
N : Memang pun.
Tapi takut busy.
Em.
*diam 3 saat*
Nanti sape nak jaga anak?
Mama : *diam sejenak juga*
Well, you're lucky you still have a strong mother :)
N : *sengih*
(dalam hati, :') terharu)

Selalu juga berkira-kira nanti, mungkin akan jadi lecturer / pathologist / specialty yang tak busy sangat @ yang ada fixed office hour.
Kind of worried who will be taking care of the children, family, house.
Furthermore, I do enjoy cooking (walaupun tak pandai, minat tu penting >_<) and spending time with kids.
I want to be there, mentoring my kids memorising the Qur'an, at least.
But I don't want to get bored being at home without working @ optimizing my brain either.
Hmm.. itulah, tapi kawen pun belum lagi kan. Hehe.
Takpe, nanti fikir balik lepas2 ni.
Yang penting, obtain MD dahulu. Zzzz!

Masa wacana wanita & syari'ah hari tu, Prof Har ada sebut ayat
"Sorry to say, but I think there are some of you are better, not working" (merujuk kepada perempuan)
Ada lagi,
"Setiap pasangan tu ada formula yang berbeza-beza, my formula may not work on you. Figure that formula out."

Banyak lagi isi2 best sepanjang wacana. Tapi sedang tak berapa rajin hendak menulis. Maka, bersama ini saya kongsikan status FB Kak Mas yang berbunyi;

Ibrah dari Wacana Wanita dan Syariah, 240612
“Peranan wanita & lelaki dalam pembentukan sebuah institusi kekeluargaan”

Ramai orang mengatakan bahawa perkahwinan ideal itu adalah bilamana mendapat suami/isteri yg setiap hari bersikap romatik pada pasangannya, tiadanya perasaan2 lain melainkan hnya perasaan cinta semata-mata, memiliki anak-anak yg baik, rumahtangga yg tak pernah ada salah faham.

Namun, lupakah kita bahawa pekahwinan para Nabi dan insan2 soleh juga pernah diuji Allah? Sebagaimana kisah Nabi Nuh disaat isteri dan anaknya tidak mahu beriman, kisah sedih seorang ayah (Nabi Yaakob) kehilangan seorang anak yg disayangi dek sifat cemburu anak2nya terhadap Nabi Yusuf, kisah Nabi Ayub yg menderitai penyakit kulit bahkan ditinggalkan isteri serta anak-anaknya yg meninggal satu persatu, kisah Asiah, seorang wanita beriman yang terpaksa mengahwini Firaun yg zalim lagi kejam, kisah Nabi Ibrahim yg harus meninggalkan Siti Hajar di padang pasir yg tiada seorang pun manusia ketika itu,kisah cemburu para2 isteri Rasulullah.

Ketahuilah, bahawa salah satu cabaran perkahwinan itu adalah apabila kita diuji. Bilamana Allah menghendaki sesuatu kebaikan kpd seseorang, mereka akan diuji. Lantas apa2 pun yg berlaku, kembalilah kepada Allah dan letakkan DIA ditempat yg paling tinggi. Lengkapkan diri dgn ilmu,jalankan peranan & tanggungjawab masing-masing. Yakinlah bahawa setiap ujian Allah itu pasti ada hikmah yg tersembunyi disebaliknya, InsyaAllah


Semoga bermanfaat.
Illalliqa' ma'assalamah~
:)

Monday, June 25, 2012

paradise

Hari ni tercatat sejarah di Ardul Kinanah.
Allahuakbar wallillahilhamd!

Jutaan dan jutaan, tahmid dan takbir meraikan.
Betapa anak tangga itu didaki dengan penuh kesabaran dan kegigihan.
Betapa kita terlalu amat rugi jika masih berpangku tangan.

Selangkah lebih hampir dengan pembebasan Al-Aqsa.
Setapak kecil lagi, En Route Ustaziyatul Alam.

"Wahai orang-orang yang beriman!
Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan
yang boleh menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? 
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya,
serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu;
yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. 
Nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosa
dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,
ke tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga Adn.
Itulah kemenangan yang agung.  
Dan ada lagi karunia lain yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (hampir).
Sampaikanlah berita yang gembira kepada orang-orang mu'min."
 
[As-Saff: 10-13]

Yang pasti, derap-derap langkah perlu terus diperkukuhkan,
bukan berhenti dan mengharap, semuanya akan menjadi baik tiba-tiba.
Memaknakan Islam yang sebenar ke dalam kehidupan melalui tarbiyah
adalah suatu proses yang panjang dan teliti.

Kemenangan Dr Morsi merupakan Gendang Perjuangan, bukan Loceng Rehat.

____________________________________________________________________


{Paradise - Maher Zain}

I remember when I first met you
I felt that God answered my call
There was that one place I always thought about
And I just wanted to be there with you

The place that no eye has ever seen
The place that no heart has ever perceived
I had a great feeling inside of me
That one day I’ll be there with you

And now that we’re here feeling so good
About all the things that we went through
Knowing that God is pleased with us too
It’s not a dream, this is so true 
Feeling the peace all around
Seeing things we could never imagine
Hearing the sound of rivers flow
And we know we’ll be here forever
The feeling is indescribable
Knowing that this is our reward

Do you remember the hard times we went through?
And those days we used to argue
But there was not one thing that could bring us down
‘Cause we always had in our minds

The place that no eye has ever seen
The place that no heart has ever perceived
The place we’ve been promised to live in forever
And best of all, it’s just me and you

I remember us praying at night
And just dreaming about this together
I’m so blessed to have you in my life
And now we can enjoy these blessings forever

Paradise is where we are now
Paradise, a dream come true
Paradise, O what a feeling!
Paradise, thank You Allah!

Bila terasa begitu penat dan sudah habis semua tenaga,
akan pasang lagu ini.
dan dengan penuh rendah hati menggantung impian tinggi,
dapat berpeluang merasa betapa manisnya dan begitu indahnya,
berada di syurga :')
suatu hari nanti.

Dalam 9 hari ini sudah;
Syahadatul Haq, Ziarah bekas Murabbiah, Daurah Modul, Daurah Fiqh Puasa, Rehlah Garden of Ukhuwah, Liqo' Nuqaba', Wacana Wanita, Usrah dan Usrah dan Usrah, Meeting.

____________________________________________________________________

Senyum minggu ini.

Prof H : Nadiah, ___________ kirim salam. Maaf, dah lama. Lepas balik hari tu tak sempat jumpa, sebab korang cuti..
Nadiah : *>_< terkebil* Owh.. emm..
Prof H : Bila ___________?
Nadiah : Eh, prof tahu ke? *segann.. huhu*
Prof H : Tahu lah.. diorang duk ngusik. _____________.
Nadiah :  Em.. _____________, tapi ______________, InsyaAllah :)

Ok, daaah, habis cerita.
Sambung lain kali pula.

_____________________________________________________________________

p/s :
SSM ter'anak tiri'kan. Huhu.
Need to be done ASAP; reflective writings, SG presentations, forensics, plannings.
Herk!
p/s :
2 minggu lagi sebelum betul-betul mula tahun 5.
3 minggu+ lagi sebelum Ramadhan yang amat dirindui.
kurang 2 bulan sebelum Syawal yang dinanti.
Mengira dan menghitung hari.



Tidak cukup sekadar berimpian, berencana & mengolah kata.
Yang jauuuh lagi penting pastinya, amal, amalAMAL!

Tuesday, June 12, 2012

hidayah

Bismillah.

Emm.. mungkin tema untuk saya minggu yang lalu, adalah hidayah.

Dari penyampaian K.Zatel semasa SAMPEL tentang hidayah,
ke aktiviti 'Santuni Mereka' menziarahi rumah mu'allaf, Makcik Hidayah,
ke program 'A Moment To Remember' menampilkan Oki Setiana Dewi & Wardina Safiyyah.

Cerita tentang hidayah memang selalu menyentuh hati.
Pada setiap satunya, saya tidak mampu menahan sebak dan air mata.
Menghargai betapa Allah telah meletakkan saya pada tempat saya yang hari ini dengan rahmat dan kasih sayangnya.
Jadi terfikir, kalaulah saya masih tidak berani melangkah keluar dari jahiliyyah itu satu hari dahulu, saya tidak tahu bagaimana keadaan saya hari ini T-T
Jadi takut, bagaimana jika Allah memilih untuk menapis saya dari terus berada dalam jalan yang amat bahagia ini kerana kefuturan saya sendiri suatu hari nanti.
Betapa Allah mampu memuliakan sesiapa sahaja dengan Islam
dan Dia mampu juga menghinakan sesiapa sahaja yang tidak memilih untuk hidup dengan Islam.

Benarlah, hidayah akan jauh lebih dihargai bila ia diperoleh dengan susah payah.
Seperti cerita Makcik Hidayah & Oki Setiana Dewi, ujian yang datang selepas turning point itu, besar sekali.

[1] Hatinya tersentuh tatkala membaca terjemahan Al-Qur'an dari surah ke surah. Hubungan dengan suaminya mula retak semasa dia mengambil keputusan menutup aurat dan mahu bersolat. Suaminya tidak sukakan perubahan tersebut lalu mengahwini isteri baru, semasa dia sedang bertarung melahirkan anak bongsu. "Salahkan makcik mahu menjadi orang yang taat kepada Allah?" Kini dia sendirian membesarkan 5 orang anak. Harapannya besar sekali mahu mereka memahami dan mempelajari Islam yang sebenar.

[2] Oki menerima panggilan telefon untuk watak lakonan yang memerlukan dia menanggalkan hijab, 2 hari selepas dia membuat keputusan untuk bertudung, yang mana di saat itu dia sebenarnya sangat sangat memerlukan duit untuk biaya ibunya yang sakit. Penolakan Oki untuk watak itu dibalas dengan komen menghiris hati dari penerbit filem. Pada Allah, dia membawa diri, mengadu & berdo'a agar Allah menguatkan dia untuk menjadi muslimah yang solehah.

Keyakinan bahawa akan ada syurga yang menanti atas setiap mujahadah itu
pasti akan membuat kita merasakan semua susah-payah itu manis.
Setiap ujian adalah tanda kasih, melunakkan hati, menjaga dari terlalai dan alpa mengingatiNya.

Belek Al-Qur'an, bertemu dengan ayat-ayat disampaikan Allah dengan penuh halim(lembut), meyakinkan hati yang gelisah.

Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau berbaring,
dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata)

"Ya Tuhan kami,
tidaklah Engkau ciptakan semua ini sia-sia;
Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka :'(

Ya Tuhan kami,
sesungguhnya orang yang Engkau masukkan ke dalam neraka,
maka sungguh Engkau telah menghinakannya
dan tidak ada seorang penolong pun bagi orang yang zalim.

Ya Tuhan kami,
sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman,
'Berimanlah kalian kepada Tuhanmu',
lalu kami beriman.

Ya Tuhan kami,
ampunilah segala dosa2 kami dan hapuskanlah kesalahan2 kami,
dan matikanlah kami beserta orang2 yang mulia.

Ya Tuhan kami,
berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul2 Mu.
Dan janganlah dihinakan kami pada hari kiamat.
Sungguh Engkau tidak pernah memungkiri janji."

Maka, Tuhan mereka memperkenan permohonannya,
:')



"Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang yang beramal antara kamu,
baik laki-laki mahupun perempuan,
sebagian kamu adalah dari sebagian yang lain.
Maka orang yang berhijrah,
yang diusir dari kampung halamannya,
yang disakiti pada jalan Allah,
yang berperang dan terbunuh,
pasti akan Aku hapuskan kesalahan mereka,
dan pasti Aku masukkan mereka kedalam syurga-syurga,
yang mengalir dibawahnya sungai2,
sebagai pahala dari Allah, dan di sisi Allah ada sebaik-baik pahala"

{Ali-Imran : 191-195}


T-T

Turning point hidup kita berbeza-beza.
Yang pasti, masa lalu yang terpalit warna-warna dosa itu takkan pernah datang kembali,
jika kita memilih untuk meletakkan noktah yang jelas dan kukuh.

Islam itu, fitrahnya memuliakan.
Jangan hanya kerana belum kuat dan berani, meraih dan memaknakan hidayah yang mengetuk hati,
kita terhina di hadapan Allah, bahkan di mata manusia bila terbukanya aib-aib kita suatu hari nanti.
Na'uzubillah.

Kekuatan & keberanian perlu dibina.

Selamat berusaha mencari, memegang dan menjaga hidayah sekemas mungkin!

Thursday, June 7, 2012

rasa

Bismillah.

"Wahai orang-orang yang beriman!
Barangsiapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya,
maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum;
[1] Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya,
[2] dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang beriman,
[3] tetapi bersikap tegas terhadap orang-orang kafir,
[4] yang berjihad di jalan Allah,
[5] dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.
Itulah karunia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang Dia kehendaki.
Dan Allah Mahaluas (pemberianNya), Maha Mengetahui."

[Al-Maidah : 54]


Selama sejam setengah, makcik mas'ulah comel cuma mengupas ayat ini sahaja.
Kupasan yang disulamkan tawa dan air mata.
Sungguh, saya yang melihat mata makcik, sudah dapat merasa betapa besarnya kasih sayang yang makcik punya.
Cemburu sebenarnya, dengan manusia-manusia yang mampu menawan hati mad'unya hanya dengan cerita yang datang tulus ikhlas dari hati.
Betapa, jika dapat saya kongsikan cinta-cinta, se-effort-less makcik itu.

p/s : maaf kebelakangan ni asyik tulis random. takde pembukaan, takde penutup. tiba2.
p/s : sempena tahun paling banyak orang sekeliling kahwin, nah lecture best!

Saturday, June 2, 2012

+ve


"Dalam dekapan ukhuwah, mari sembuhkan luka-luka kita. Apalagi jika kita merasa terluka oleh orang-orang soleh dan para insan beriman. Waspadalah, kerana luka itu bisa memicu kebencian kita pada iman dan kesolehan. Seperti yang terjadi pada Abdullah ibn Ubay & orang2 munafik" 
"Dalam dekapan ukhuwah, jadilah orang yang mau berubah, mampu menerima kegagalan, bersedia membahas persoalan, bisa belajar dari orang lain, dan siap melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah. 
Dalam dekapan ukhuwah, hindarkan diri dari kepengecutan dan mengeluhlah hanya pada yang mampu memberikan penyelesaian. Katakan saja, "Ya Allah, aku punya masalah besar." Dan sebagai variasi yang manis, terkadang ucapkan juga, "Hai masalah, aku punya Allah Yang Mahabesar!"

T-T

Hence my tweet the other day;
"It is important to explain and be sensitive to other people feeling, especially to those people who love you.
Lesson learned."

Lesson learned, the hard way.
Please know, it hurts me more when people are hurted because of me.
Maaf di atas ketidak sensitifan terhadap kalian2 yang terluka.

Semoga Allah memelihara hati kita semua.

p/s : explaination is very very very important. as important as listening.
p/s : mama kata, "Cuba bagi bunga"

_______________________________________________________________________

Sekian post serius.
Tulisan di bawah mungkin sebenarnya adalah percubaan menceriakan diri sendiri.
Koff2.

Hmm.. sejak kebelakangan ni, agak jarang punya waktu lapang pada hujung minggu.
Masa hujung minggu selalu banyak dihabiskan untuk ke program-program.
Maka, saya amat menghargai masa hujung minggu yang cuma diluangkan untuk recharge diri sendiri; boleh mengemas & menguruskan bilik, laundry, serta membaca buku2 dengan tenang hati walaupun cuma sehari; tanpa kelas, perjumpaan, henfon berbunyi dan lain2.

Biasanya, tahap keserabutan bilik saya adalah bersamaan dengan tahap keserabutan pemikiran atau kesibukan saya pada masa tersebut.
Maka mengemas + membersihkan bilik sebenarnya adalah salah satu terapi mengurangkan peningkatan keserabutan.
Sebab tahap kekemasan bilik juga adalah bersamaan dengan tahap ke-organisasian pemikiran pada masa tersebut (walaupun cuma akan bertahan beberapa hari sahaja).

*Tiba2 datang suara, "Kalau tak rajin kemas, tak bleh kawen tahuu!"*
Erk.


Suka kedudukan katil tepi tingkap supaya senang nak tengok langit. Bila malam2, boleh nampak bulan; pagi2, nampak warna langit berubah; tengahari nampak langit biru terang dan awan comel kepul2. Melihat cahaya matahari pagi yang suam, melimpah ke dalam bilik melalui tingkap dan jatuh atas katil juga boleh menghilangkan rasa gundah dan menjadikan hati tenang ^-^


Almari kecil tepi katil. Ayat surah At-Talaq:2-3 dalam frame tu terpaksa diterbalikkan sebab tak muat nak frame kan tegak. Huhu. Yang kembang2 pink dan purple tu adalah bunga tisu yang Fizah kata, "boleh tak saya nak lap tangan guna tuu?" -_-"

Em, kawan2 baik.



"Sometimes, success is just a matter of hanging on"

_______________________________________________________________________

Saya tutup post saya dengan pesanan buat diri;
be optimist.
Mungkin setiap masa boleh mengulang "positive, positive, positive" banyak kali untuk merealisasikan the law of attraction, yang selalu diingatkan Prof Muhaya dalam radio IKIM.fm.

Wassalam.






Ingat,
positif!
>_<