Wednesday, December 29, 2010

Sunday, December 12, 2010

i want to be a billionaire

Kepada yang hadir ke program di Auditorium PPUKM pagi tadi,
saya cuma mahu mengajak kamu semua melihat dari sudut pandangan berbeza.

Bila disebut kaya, ia selalu tersinonim dgn seorang sahabat Nabi s.a.w,
Abdul Rahman b. Auf.
boleh baca cerita ttg dia di sini.

Pandangan peribadi sy, harta yang cukup, sudah cukup.
Kaya, tak perlu kaya raya.

Tidak berlebih lebihan.
Bukan miskin.
Tapi, cukuplah sekadar tidak menyusahkan org2 yg kita sayang,
menyenangkan ibadah kita kpd Allah bila tenang,
dan ada lebihan untuk kita infaq dan sedekahkan.
Sy sejujurnya kurang bersetuju dgn part mewariskan harta2 yg banyak kpd anak cucu kita supaya mereka tidak hidup susah.
Cukuplah sekadarnya, sebab bg saya, kalau terlalu mewah, anak cucu kita jadi malas dan kurang mahu berusaha.
Biar mereka belajar dari susah sedikit (walaupun kita mampu).
Biar mereka ada azam yang kuat untuk mengubah kepada lebih baik.

Anak-anak adalah harta kita.
Pelaburan kita bukanlah pada menghantar anak ke Universiti Ranking Top dalam dunia.
Tapi sy yakin, ia lebih kepada pelaburan menjadikan anak2 kita anak soleh.
Anak soleh yg boleh menjadi saham akhirat kita, menghantar doa di alam kubur kita.
Anak soleh yg boleh menyebarkan solehnya kepada org2 sekeliling dia.

Maka prioriti pelaburan kita adalah asuhan, ilmu yang seimbang dunia dan akhirat.
Seimbang dgn erti kata, lebih dari sekadar mata pelajaran Pendidikan Islam VS Matematik, English, Science, Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah, Add Math, Fizik, Biologi, Chemistry.
Satu VS Berbelas2. Huhu. Emm.. adekah ia seimbang pada mata kalian?

Carilah sebanyak mana harta yg kita mahukan, tetapi ingat,
dengan banyaknya harta, banyak juga soalan2 Allah di akhirat kelak ttg
1) dari mana sumber dan
2) ke mana
setiap sen harta itu dibelanjakan.

Saya ambil ni dari buku Mukasyafah Al-Qulub (Penenang Jiwa) karangan imam Al-Ghazali
yg menceritakan ttg keutamaan fuqara'.

Nabi s.a.w bersabda
"Aku masuk ke syurga. Kudengar gerakan di depanku, ternyata Bilal. Di atasnya, umatku yang fakir dan anak-anaknya. Dan di bawahnya orang2 kaya dan sedikit wanita.
Aku berkata "Ya Tuhan bagaimana keadaan mereka?"
Allah berkata, "Adapun wanita2, mereka mabuk emas dan sutera. Sedangkan orang2 kaya itu akan dihisab"
Aku tidak melihat Abdul Rahman b. Auf. Namun sebentar kemudian dia datang sambil menangis.
Katanya "Mengapa engkau tertinggal dariku?"
Dia berkata "Ya Rasulullah s.a.w, aku mengalamami beberapa kesulitan. Kukira aku tidak akan melihat engkau"
Rasulullah bertanya, "Mengapa?"
Dia berkata "Aku dihisab kerana hartaku"

Sabda Nabi s.a.w yg lain;
"Banyak-banyaklah mengenal orang2 fakir. Berikan sesuatu kpd mereka. Sesunggunya mereka mempunyai kuasa.
Mereka berkata "Kekuasaan apa itu?"
Rasulullah menjawab "Pada hari Kiamat kelak dikatakan kepada mereka, "Lihatlah orang yang memberimu makan sekadar sedikit @ minum sekadar seteguk atau pakaian sekadar sehelai. Peganglah tangannya dan bawalah ia ke Syurga!"


Faqir, orang2 miskin tu ada kelebihan.
Mereka lebih banyak diuji Allah, mereka lebih banyak dididik Allah untuk redha.
Lihat mereka dgn pandangan, Allah sayangkan mereka dan lebih banyak memberi hadiah pahala sabar buat mereka berbanding kita.

Akhir kata,
if we still want to be 'filthy'(i hate this word) rich, then, be like Abdul Rahman b. Auf.
Jadi penyumbang yang besar untuk Islam.

When we give, InsyaAllah, we'll gain more.
bak kate Ustaz Hasrizal (saifulislam.com), Erti Hidup pada Memberi.

Kaya itu pada sudut pandangan manusia,
yang lagi penting, adalah taqwa pada sudut pandangan Allah.
"Inna akromakum i'ndaLLahi atqaakum"
Kaya mungkin dapat membeli hormat manusia, tapi belum pasti dapat membeli rahmat Allah.

=)

Wallahuallam.

Thursday, December 9, 2010

breathe



"Life isn't about how much breath you take,
it's about how much moments that take your breath away"

-Dr Daniel